Diterbitkan pada 6 November 2023, 11:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Labuan Sebanyak 12 orang peserta sekitar Labuan telah menyertai Pertandingan Monodrama Tunas Muda bersempena dengan Jerayawara Bahasa Jiwa Bangsa (JBJB) 2023, yang telah diadakan pada 4 Oktober 2023 bertempat di Pentas Anggerik, Ujana Kewangan, Labuan.

Program anjuran bersama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah dengan Perbadanan Labuan yang julung-julung kali diadakan ini mengkhususkan khalayak dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di Labuan.

Aksi peserta yang menyertai Pertandingan Monodrama Tunas Muda bersempena dengan Jerayawara Bahasa Jiwa Bangsa (JBJB) 2023.

Objektif pertandingan ini diadakan sebagai inisiatif bagi menanamkan kecintaan terhadap bahasa dan sastera kebangsaan sejak di bangku sekolah melalui aktiviti bercerita atau sketsa bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) dan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di samping mengeratkan jalinan sinergi antara DBP dengan khalayak umum.

Yang berikut merupakan senarai pemenang Pertandingan Monodrama Tunas Muda peringkat Wilayah Persekutuan Labuan:

JohanMonahlara lakonan Nursyahriah Ramadhani Abd. Rasid (SK Kerupang) yang  menerima wang tunai RM500 dan sijil penghargaan.

Naib JohanKenangan Terindah lakonan Mohammd Hafsham Al Sy’Fa Abdullah (SK Tanjung Aru) yang menerima wang tunai RM300 dan sijil penghargaan.

Tempat ketigaHikayat Cantik Nan Jadian lakonan Nur Qesya Qartina Madrun (SK Membedai) yang menerima wang tunai RM200 dan sijil penghargaan.

Sagu hati – Elmer Emmeric Alexius (SJKC Chi Wen), Qays Khafi Jaffri  (SK Rancha-Rancha), Nur Aisyah Syafiyyah Ahmad Syauqi (SK Kerupang), Ahmad Azhad Mohammad Ruzaini (SK Pantai), Natasha Amira Omar (SK Pantai), Aiyssabell Marcella Alan (SJKC Chi Wen), Siti Aisyah Asyikin Abdullah (SJKC Chi Wen). menerima wang tunai RM100.00 dan sijil penghargaan.

Anugerah Khas JuriKubong Bukit lakonan Nur Aisyah Syafiyyah Ahmad Syauqi (SK Kerupang) menerima wang tunai RM150.00 dan sijil penghargaan.

Barisan pemenang Pertandingan Monodrama Tunas Muda peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis penyampaian hadiah ini telah berlangsung pada 5 November 2023 bertempat di Pentas Anggerik, Ujana Kewangan dan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Encik Simsudin Sidek.

Turut hadir dalam Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Jerayawara Bahasa Jiwa Bangsa termasuklah Pengarah DBP Cawangan Sabah, Puan Aminah Awang Basar; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Encik Fadzilah  Haji Mahmud; Pengurus Promosi dan Pemasaran Ujana Kewangan, Encik Rosly Sapar; Timbalan Pengarah DBP Cawangan Sabah selaku Ketua Hakim Pertandingan Monodrama Tunas Muda, Puan Jennitah Noordin, Encik Aziz Mohd. Salleh dan Encik Fareth Rudy Agang.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi