Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangOleh: Zanariah Mohd Tap
Negeri Sembilan – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan dengan kerjasama Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Pertandingan Pentas Akhir Inovasi Lagu Rakyat DBP – USIM 2023 yang telah berlangsung di Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM pada 14 Oktober 2023.
Pertandingan yang berkonsepkan persembahan muzikal lagu rakyat bersumberkan bahan terbitan DBP ini terdiri daripada empat pasukan mahasiswa USIM dalam memperlihatkan bakat penghasilan lirik secara kreatif kemudian, dilagukan dengan menggunakan melodi lagu rakyat yang telah dipilih.

Yang berikut merupakan senarai pemenang untuk Pertandingan Pentas Akhir Inovasi Lagu Rakyat DBP – USIM 2023:

Program ini merupakan projek rintis DBP dan USIM sebagai usaha menyebarluaskan bahasa dan sastera kepada masyarakat khususnya pelajar melalui kaedah inovasi idik hibur masa kini.
Persembahan pentas akhir ini turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP, Encik Abdul Ghani Abu, Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM, YBrs. Prof. Madya Dr. Khairil Faizal Khairi dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal pelajar dan Alumni) Fakulti Ekonomi dan Mualamat USIM, YBrs. Prof. Madya. Dr. Muhamad Azrin Nazri.