Diterbitkan pada 15 Ogos 2023, 15:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pertemuan Penyair Nusantara XII 2023 melalui anjuran Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) mengundang penyertaan daripada penyair, pengarang dan seluruh peminat sastera warga Nusantara untuk bersama-sama menyertai pertemuan pada kali ini yang mengangkat tema “Luka, Cinta dan Damai” yang bakal berlangsung pada 13-15 Oktober 2023.

Penyertaan ini terbuka kepada warga Nusantara yang berminat untuk mendaftar.  Yuran penyertaan untuk setiap penyertaan adalah seperti berikut.

  • Ahli PENA: RM60
  • Bukan Ahli PENA: RM80
  • Luar Negara: RM100

Bayaran yuran penyertaan ini merangkumi makan dan minum, buku antologi puisi, bahan seminar dan e-sijil.

Bagi peserta yang menghantar karya, karya mereka akan dikumpulkan dan diterbitkan sebagai sebuah antologi puisi bersempena PPN XII 2023, Kuala Lumpur, secara percuma dengan maksimum 30 baris puisi, berserta 50 patah perkataan biodata dan karya mestilah asli dan tidak pernah diterbitkan.

Tarikh tutup penghantaran karya berakhir pada 15 September 2023. Untuk tarikh tutup penyertaan Pertemuan Penyair Nusantara XII 2023 akan berakhir pada 30 September 2023.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi