Diterbitkan pada 23 Jun 2023, 17:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Dendangan: Haziq Nasrullah

Ketika negara di ambang merdeka,
dalam kongres perjanjian dirangka,
berjuang cendekia pertahankan pusaka,
akhirnya terbina Balai Pustaka.

1956 dilimpah-Nya rahmat,
22 Jun tarikh keramat,
daulatnya bahasa jadi kalimat,
obor kebangsaan genggaman azimat.

Bahasa Melayu bahasa bitara,
bahasa rasmi bahasa perantara,
negara dibadai tetaplah pelihara,
bahasa lambang maruah negara.

Demikian perjuangan dan keazaman,
“Api Dari Suatu Zaman”,
ketika negara dalam cengkaman,
derita bangsa jadi pedoman.

Sambutlah juangnya hai anak bangsa,
bahasa jangan dibiar binasa,
di pundak kita bahasa diperkasa,
di jemala kita bahasa berkuasa.

67 tahun dalam sejarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka memandu arah,
menjulang pusaka menjadi lumrah,
dirgahayu DBP pantang menyerah!

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi