Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBukit Gambir – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Gambir telah menganjurkan program pembelajaran digital interaktif berasaskan gamifikasi Booklet bagi meningkatkan tahap penguasaan imbuhan awalan dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah tersebut.
Program di bawah kursus Komunikasi Pengantaraan Komputer yang telah berlangsung pada 5 Disember lepas melibatkan seramai lima orang mahasiswa sebagai fasilitator yang diketuai oleh Nurin Ardini Ramzainur dan seramai 50 orang pelajar tingkatan 4 daripada pelbagai aliran dan kaum.
Objektif utama program adalah untuk membantu para pelajar memahami imbuhan awalan dengan lebih mendalam melalui pengaplikasian gamifikasi yang interaktif.
Menurut Nurin Ardini Ramzainuri, Blooket (buku kecil) kini berfungsi sebagai alat bantu mengajar digital yang digunakan oleh para guru muda bagi menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) lebih menyeronokkan dan berkesan.
Tambahnya lagi, “Kesan pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) ketika pandemik COVID-19 lalu menyebabkan generasi pelajar kini cenderung untuk belajar secara digital seperti belajar sambil bermain gamifikasi berbanding belajar secara kaedah tradisional.”
Dengan kejayaan program ini, diharap Booklet dapat diintegrasikan dalam proses PdP sebagai satu daripada kaedah pengajaran interaktif yang mampu menarik minat para pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu.