Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangShah Alam – Nurdianah Anisha Awang Samsudin, mahasiswa tahun akhir Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, terus mencuri tumpuan apabila dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik Keseluruhan dalam Sayembara Pantun Piala Mestika Embun 2025, anjuran Universiti Teknologi PETRONAS.
Pada tahun 2024, beliau turut dipilih sebagai Pemantun Terbaik dalam Pertandingan Pantun Senandung Bahasa, anjuran Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam.
Nurdianah mula bersinar sejak tahun 2023 apabila beliau meraih gelaran Pemantun Terbaik Akhir dalam Piala Pantun Cik Siti Wan Kembang yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan.
Bagi Nurdianah, menjadi seorang pelajar undang-undang bukanlah penghalang untuk terus aktif dalam dunia seni budaya sebaliknya hal itu merupakan ruang dan peluang untuk suara dan puisinya terus tumbuh serta bersulam dengan hujah dan madah.