Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kebiasaannya, menulis sebuah puisi bermula dengan helaian kertas kosong yang dicoret dengan tulisan, namun hal itu berbeza dengan “puisi padam” (blackout poetry).
Puisi padam merupakan satu bentuk penghasilan puisi dengan menukarkan helaian kertas bertulis menjadi sebuah puisi baharu.
Penggiat seni dan penulis, Aisyah Rais telah bekerjasama dengan Muzium dan Galeri Seni Bank Negara dalam menganjurkan bengkel “Istimewa Puisi Padam sebagai Seni Objek Jumpaan” untuk memperkenalkan konsep puisi padam tersebut.
Bengkel ini telah diadakan di Bilik Sukareka, Tingkat 3, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara.
Bengkel ini memberi ruang kepada peserta untuk meneroka sisi baharu dalam mengolah bahasa, khususnya menerusi teknik puisi padam yang mengubah teks sedia ada menjadi karya baharu.

Menurutnya lagi, seni puisi padam tidak mempunyai peraturan khusus sebaliknya berdasarkan daya kreatif seseorang.
Hanya dengan menggunakan pen dakwat kekal dan objek jumpaan seperti artikel surat khabar, buku teks, resit dan sebagainya, maka puisi baharu dapat dihasilkan. Terangnya lagi,
Padamkan beberapa perkataan yang ada menggunakan imaginasi dan naluri, maka terhasillah sebuah karya baharu.
Puisi padam memberikan ruang kepada penulis dan penggiat sastera untuk menghasilkan karya puisi atau coretan kata-kata menggunakan hasil karya atau tulisan sedia ada.
Contohnya, sehelai resit pembelian dapat ditukarkan menjadi puisi baharu dengan memadamkan beberapa perkataan yang ada dengan menggunakan pen dakwat kekal.
Begitu juga sebuah artikel dapat menjadi sebuah puisi dengan memadamkan perkataan-perkataan yang ada dan hanya meninggalkan beberapa perkataan yang boleh dijadikan sebuah puisi.