Diterbitkan pada 1 Ogos 2025, 13:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kota Belud – Penulisan resensi akan memudahkan pembaca lain untuk memilih buku yang disukai oleh mereka.

Namun dalam masa yang sama, menulis resensi itu sendiri menjadikan pembaca lebih bijak memilih bahan bacaan yang baik.

Demikian kata-kata Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS), YBrs. Puan Jennitah Nordin dalam majlis penutupan “Program Baca dan Bicara” anjuran Unit Sumber Teknologi Pendidikan (USTP), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud.

“Praktikkan ilmu menulis resensi buku yang dipelajari dan kirimkan ke media massa.”

Peserta yang terlibat sedang membaca hasil resensi yang ditulisnya.

Bengkel penulisan resensi buku yang berfokuskan kepada karya Sasterawan Negara, Sasterawan Negeri Sabah dan penulis Sabah dan pertandingan menulis resensi merupakan aktiviti pengisian program yang melibatkan 14 buah sekolah rendah di daerah Kota Belud ini.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kesapang, YBrs. Dr. Haji Norawi Haji Kata berkata, kehadiran USTP dan DBP di SK Kesapang untuk mengendalikan aktiviti penulisan resensi selama dua hari (28 dan 29 Julai 2025) dilihat dapat memberikan manfaat kepada semua yang terlibat.

“Kita mahukan murid cinta kepada budaya membaca, yang akhirnya membawa mereka mencari buku-buku yang baik sebagai bahan bacaan,” katanya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi