5 April 2021, 17:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 

Bengkel tersebut berjaya disertai oleh 50 orang peserta.

Bidang produksi dan penerbitan sesebuah majalah mahupun dokumentari telah mula memasuki dunia Revolusi Perindustrian 4.0 yang memerlukan industri menjadi lebih kreatif dan melibatkan tenaga kerja dalam kalangan generasi muda. Sebagai usaha untuk menarik minat generasi muda terlibat dalam bidang ini, FINAS melalui Program Khas PELAKSANA telah menganjurkan bengkel secara dalam talian iaitu “Creativity Never Stops 2.0” selama empat hari, iaitu dari 18 Mac hingga 21 Mac 2021. Menariknya, bengkel tersebut dibimbing oleh Zaki Abdul Halim yang merupakan penerbit dokumentari Jejak Rasul dan Majalah Tiga.

Berdasarkan pengalaman beliau selama hampir 30 tahun dalam bidang produksi dan penerbitan dokumentari, beliau telah memberi panduan kepada peserta tentang teknik gerak kamera dan pencahayaan yang betul untuk menghasilkan sebuah dokumentari yang menarik. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan teknik wawancara yang betul untuk menghasilkan sesuatu subjek yang menarik. Sepanjang bengkel tersebut berlangsung, peserta dikehendaki untuk menghasilkan sebuah video yang bertajuk Aku dan Alam, iaitu peserta dikehendaki untuk membuat rakaman dan suntingan berdasarkan bimbingan yang telah diberikan agar dapat menghasilan sesebuah video yang berkualiti.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.