30 Mac 2021, 16:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Masalah kemurungan merupakan antara penyakit mental yang banyak dihadapi dalam kalangan generasi muda. Antara faktor yang berlaku ialah tekanan perasaan yang tidak dapat diselesaikan secara berseorangan. Oleh itu, bersempena Hari Puisi Sedunia pada 20 Mac 2021 yang lalu, One Moment for Them dengan kerjasama Gerak Malaysia dan Bilik Penyair telah mengadakan acara bertajuk “Puisi Perisai Melawan Keresahan”. Acara tersebut diadakan secara dalam talian di laman Facebook rasmi Gerak Malaysia pada 21 Mac yang lalu. Acara ini menampilkan enam orang penyair muda, iaitu Farahin Syazwani, Syaheeda Hamdani, Aliff Awan, Nana, Qurratul ‘Ain dan Petak Daud. Kesemua penyair ini telah membicarakan tentang pengalaman peribadi dan perspektif mereka terhadap isu kesihatan mental, terutamanya dalam kalangan golongan B40.

Syaheeda Hamdani akui bahawa puisi mungkin boleh melawan keresahan, tetapi tidaklah sepenuhnya. “Apabila bercakap tentang keresahan, hal tersebut lebih menjurus tentang kesihatan mental. Jadi tentulah jawapan kepada perubatan ini berbalik pada jalan penyelesaian yang profesional seperti terapi dan kaunseling,” jelasnya. Manakala menurut Nana, apabila mendengar dan membaca puisi yang dirasakan berkait dengan diri, secara tidak langsung dapat membantu kesihatan mental dirinya sendiri kerana mengetahui bahawa dirinya tidak keseorangan. Acara ini merupakan inisiatif daripada Kempen Sokongan Psikologi B40 untuk mengumpul sasaran dana sebanyak RM70 000.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.