19 Februari 2022, 21:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 

Shah Alam – Rumah Seni Selangor (RUsSEL) dengan kerjasama Galeri  Shah Alam akan menganjurkan Pasar Seni Genta pada 26 Februari 2022 (Sabtu) ini yang bertempat di Laman Budaya Tasik Shah Alam. Aktiviti yang meliputi persembahan daripada pemuisi muda dan persembahan akustik tersebut turut mendapat sambutan daripada hampir 30 vendor yang terlibat dengan jualan yang akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Terdahulu, RUsSEL turut meraikan pengkarya tempatan dengan menganjurkan Pesta Genta & ZinexDiyFest (2019) dan Mini Genta x ArtoFest (2020). Menurut M. Farez Karim selaku wakil RUsSEL, acara tersebut diadakan adalah untuk membantu vendor yang terkesan dengan pandemik COVID-19, selain memberikan peluang kepada pemuisi muda untuk membuat persembahan. Antara pemuisi muda yang akan membuat persembahan pada sabtu ini ialah Jack Malik, Aliff Awan, Syahirah Wasabi, Leia Hassan dan Mosyuki Borhan.

Pencinta seni juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan akustik daripada Wani Ardy yang turut pernah menghiasi ruangan “Borak Orang Muda” dalam majalah Tunas Cipta Bil. 08/2019. Selain meraikan penyair muda, Pasar Seni Genta turut menyediakan reruai hasil seni, kraf, seni lukis, buku dan pelbagai aktiviti lagi buat pengunjung yang akan hadir.

Sebagai usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19, penganjur turut menasihatkan agar pengunjung sentiasa mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan ikuti laman media sosial Rumah Seni Selangor (RUsSEL) untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Pasar Seni Genta dan pelbagai aktiviti seni yang bakal diadakan.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.