Diterbitkan pada 25 Mei 2022, 08:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Keindahan Aidilfitri

menyinari kehidupan seluruh umat Islam

memberikan keberkatan dan menghadiahkan 1001 hikmah

dengan sinar kemaafan tulus suci

hasil kemenangan melawan hawa nafsu.

 

Keindahan Aidilfitri

disambut penuh kegembiraan di seluruh alam

diraikan dengan kesyukuran dan kesederhanaan

memanjatkan setulus doa kepada Rabbulizzati.

 

Keindahan Aidilfitri

menyatukan seluruh umat Islam

di seluruh pelusuk dunia

tanpa mengira miskin hina dan kaya-raya

tua dan muda meraikan kegembiraan

mengeratkan tali persaudaraan

menghapuskan persengketaan dan dendam.

 

Keindahan Aidilfitri

membawa 1001 kemanisan Ramadan

akan bersua kembali setahun sekali

melambangkan kebesaran Ilahi.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi