Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Bersempena dengan Sambutan Jubli Mutiara 30 tahun Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Teater Muzikal Sakti Merong Mahawangsa Sebuah Rekonstruksi Pemula Hikayat bakal dipertontonkan kepada peminat teater tanah air.
ASWARA melalui kerjasama Persatuan Alumni ASWARA akan mementaskan ilmu serta pengalaman mereka yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 November, di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC).
Pengarah Teater Muzikal Sakti Merong Mahawangsa, Shahrul Mizad berkata bahawa naskhah yang menampilkan sebanyak empat orang penulis ini bukan hanya bertujuan sebagai sebuah pementasan sahaja, tetapi juga sebagai jambatan yang mengeratkan hubungan penggiat seni dari ASWARA.
Manakala, Pengerusi Persatuan Alumni ASWARA, YM Tengku Iefizulasyrifie Putra Tengku Alauddin berkongsi, sebanyak 80 orang yang terlibat bagi menjayakan pementasan ini, sekali gus membuka ruang dan peluang kepada pelapis muda dalam berkarya.
Hikayat menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu merupakan cerita lama dalam bentuk prosa, dan bahasa asal bagi perkataan ini adalah daripada Arab.
Teater Muzikal Sakti Merong Mahawangsa oleh Lenny Erwan, Shahrul Mizad dan Siti Jasmina Ibrahim ini turut menampilkan Amirul Hakim, Aris Kadir, Ezdianie Hayatie, Fiza Thomas, Hairi Safwan, Xavier Fong, Lim Mei Fen, Saifulwazien, Fadhli Masoot, Reza Mohamed, Amir Ameezan, Sazlan Mat Adnan, Aloeng Silalahi, Najua P.Ramlee, dan ramai lagi sebagai pelaku kepada naskhah ini.