14 Jun 2024, 10:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Selepas tiket pembukaan teater Musim Kembali ke Pangkuan terjual laris pada bulan lalu, The Actors Studio Foundation kembali dengan persembahan kedua mereka Perhiasan Kaca, sebuah adaptasi satu daripada karya ulung klasik The Glass Menagerie oleh Tennessee Williams.

Pementasan Perhiasan Kaca pada kali ini telah diberikan sentuhan artistik oleh Pengarah Terbaik BOH Cameronian Arts Awards 2012/2023, Christopher Ling dan terjemahan yang segar oleh Marlenny Deenerwan.

Ditubuhkan pada tahun 2021, The Actors Studio Foundation membawakan sebuah karya yang berkisarkan kesempitan hidup masyarakat, “perhiasan kaca” masing-masing membuka ruang buat mereka melarikan diri daripada kepahitan realiti. Persoalannya, mampukah mereka membebaskan diri?

Karya yang memenangi Drama Amerika Terbaik ini memberikan fokus kepada sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ibu yang hidup dalam bayang-bayang masa lalu, anak perempuan pemalu yang terpaku pada hiasan haiwan kaca dan anak lelaki yang bercita-cita menjadi seorang penyair.

Perhiasan Kaca akan berlangsung pada 29 Jun hingga 7 Julai 2024, bertempat di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts (KLPAC).

Sebarang pertanyaan dan promosi tiket, anda boleh hubungi di talian, 018-227 7212. Dan sebarang pembelian tiket, anda boleh layari: http://bit.ly/perhiasankaca

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.