Oleh Izzat Isa
17 November 2023, 15:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Seusai tahun-tahun memanjang

kembali semula dengan kedewasaan

melihat yang tersirat di ruang duduk

dalam laluannya titik perjalanan lalu.

 

Ya, banyak yang terucap bicara di minda

turut bergelora membadai kasar di dada

yang sesekali langkahnya sumbang lalai

yang hujungnya jejak ke tradisi.

 

Masa lalu mengikat kita tanpa kata

antara gelodak cita-cita dan panasaran

dengan segala terjalin segala tersirat

apakah yang dinanti tanpa hujung yang pasti?

 

Sejenak di alma mater

segala kembali seperti semalam

yang dadanya menyala cinta nurani

dengan tangan bergari olehnya waktu.

 

Wahai diri yang karam dengan batu buntu

hembuslah kaca hati mencari damai sendiri.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

Aksara Puisi

Pelakon

17 November 2023, 15:22
Aksara Puisi

Secebis Kain Itu

27 Oktober 2023, 11:47
Aksara Puisi

Rezeki

27 Oktober 2023, 11:40
Aksara Puisi

Kawan

26 Oktober 2023, 15:45
error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.