Oleh Nubailah Nasri
6 Mac 2023, 09:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perlis – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Kerjasama Persatuan Penulis Perlis (3P) telah menganjurkan pertandingan nyanyian lagu Puisi Remaja dan Kanak-kanak. Tujuan pertandingan tersebut diadakan adalah untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang puisi. Selain itu, pendedahan awal tentang lagu puisi ini mampu memupuk rasa kecintaan generasi muda terhadap lagu puisi.

Pertandingan tersebut telah diadili oleh artis terkenal dalam lagu puisi, iaitu  Sani Sudin dan Pegawai dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kuala Lumpur, iaitu Mohd Shahrizal. Peserta pertandingan tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah di sekitar negeri Perlis. Peserta termuda dalam pertandingan ini, iaitu Muhamamd Afiq Zikry Zoolhairi, 10 tahun menzahirkan rasa seronok kerana buat pertama kalinya berada di pentas besar bersama dengan peserta yang lebih berusia daripadanya. Walaupun hanya mendapat sagu hati, namun beliau bersyukur kerana beroleh pengalaman dan keseronokan melalui pertandingan ini.

Muhamamd Afiq Zikry Zoolhairi merupakan peserta termuda dalam pertandingan ini.

Farah Amelia Shakri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang telah dinobatkan sebagai juara dengan lagu puisinya bertajuk Berita dari Kawan. Kemenangan ini membolehkannya membawa pulang hadiah bernilai RM800 berserta pakej penginapan 2 hari 1 malam tajaan Hotel Seri Malaysia. Untuk tempat kedua pula dimenangi oleh Ainur Naqeebah Mohd Hafedz dari Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hasan dengan lagu puisinya, Kembara di Tanah Gersang. Kemenangan ini membolehkan beliau membawa pulang wang tunas sebanyak RM500, dan tempat ketiga dimiliki oleh Siti Nur Farisya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang dengan lagu berjudul Arjuna Beta.

Pemenang tempat kedua dan ketiga juga membawa pulang hadiah pakej penginapan di Hotel Seri Malaysia. Hadiah pertandingan tersebut disampaikan Ketua 2 Persatuan Penulis Perlis (3P), iaitu Dr. Norhashimah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.