Oleh Shield Sahran
24 Julai 2022, 11:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUCHING – Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PEKASA) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak telah menganjurkan Majlis Makan Malam yang bertemakan “Puisi Kebangsaan Lambang Jati Diri Bangsa Malaysia” pada 23 Julai 2022. Majlis tersebut bersempena dengan Hari Puisi Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2022.

Tuan Haji Saie Dris, Tokoh Puisi Sarawak.

Majlis tersebut dihadiri oleh tetamu kehormat yang terdiri daripada Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Abang Haliman Haji Abang Julai, Setiausaha GAPENA, Tuan Haji Hamzah Hamdani, Presiden PEKASA, Encik Mohidin Malek, Sasterawan Negeri Sarawak, Encik Jong Chian Lai dan Pengerusi KEPESSA, Puan Radzemah Bolhassan.

Pada majlis tersebut, Tuan Haji Saie Dris menerima watikah pengiktirafan dan dinobatkan sebagai Tokoh Puisi Sarawak 2022. Beliau menerima wang tunai sebanyak RM1000 sebagai hadiah penghargaan.

Osman Zaini.
Shafida Rosllan.
Haji Haziq.
Norhasfalinda Hamdan.

Majlis makan malam tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan deklamasi puisi daripada Tokoh Puisi Sarawak, Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Presiden PEKASA, Setiausaha GAPENA dan wakil dari KEPESSA, iaitu Puan Alina Sidek.

Yang menariknya majlis pada kali ini, selain dimeriahkan dengan persembahan puisi daripada penulis yang aktif seperti Encik Mohamad Faizal Jamil, Puan Dalia Kassim, Encik Justi Amban dan Shamsul Idzam Jamil, beberapa orang penulis muda juga turut diundang untuk membuat persembahan. Penulis muda yang dimaksudkan ialah Osman Zaini, Shafida Rosslan, wakil daripada penulis autisme, iaitu Haji Haziq Ahmad Zaki dan wakil daripada Kumpulan Tunanetra pula ialah Norhasfalinda Hamdan.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.