6 Jun 2022, 09:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Mulanya Tuanku Putera Mahkota,

Dilantik sebagai Pemangku Raja,

Setelah ditabal menaiki takhta,

Terpilih jadi Agong Malaysia.

 

Menjelang hari sambut Baginda,

Keputeraan Agong negara kita,

Sultan Abdullah diberi nama,

Negeri Pahang tempat asalnya.

 

Bawa gelaran Yang di-Pertuan,

Di bahu memikul berat tugasan,

Ketua tertinggi dalam pentadbiran,

Kepada rakyat suri teladan.

 

Tahun keempat pimpin negara,

Baginda cakna masalah jelata,

Mencemar duli tika bencana,

Warisi nilai peribadi ayahanda.

 

Minat mendalam terhadap sukan,

Baginda beri banyak sumbangan,

Pernah sendiri ambil bahagian,

Dalam temasya teraju pasukan.

 

Duli mulia raja berdaulat,

Dirgahayu Tuanku harapan rakyat,

Moga pimpinan beroleh berkat,

Tuhan payungi cahaya rahmat.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.