Oleh Lawren Gara
8 September 2021, 17:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

31 Ogos 2021 laungan semangat merdeka kedengaran dari negara yang terkenal dengan kimchi iaitu Seoul, Korea Selatan. Seramai 89 pelajar dari Universiti Malaya (UM) ke Korea untuk menyertai program pertukaran pelajar. Pandemik tidak melunturkan semangat pelajar untuk terus mengikuti program pertukaran pelajar tersebut. Program pertukaran pelajar ini diusahakan dengan kerjasama oleh kedua-dua pihak universiti Korea dan Malaysia.

Program tersebut diadakan adalah bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk merasakan pertukaran budaya yang sebenar, para pelajar dijemput untuk datang ke Korea dengan universiti pilihan masing-masing. Di Korea Selatan, kelihatan bendera kebangsaan Korea dikibarkan dari lapangan terbang sehingga ke bandar besar Seoul.

Anak Malaysia yang baharu sahaja mendarat di Korea dapat merasakan tempias semangat patriotik rakyat Korea. Rupa-rupanya bulan Ogos ialah bulan kemerdekaan bagi Korea dan begitu juga Malaysia. Rancangan awal pelajar adalah untuk berkumpul menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos di Seoul, namun keadaan cuaca tidak mengizinkan. Namun begitu, sebanyak tujuh orang pelajar Malaysia dari Universiti Gachon dapat berkumpul bersama-sama bagi menjayakan rancangan aktiviti tersebut.

Yang menariknya, sambutan yang diadakan secara santai itu telah disertai oleh pelajar Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, iaitu Melayu, India, Cina serta pelajar  dari Sabah dan Sarawak. Kemerdekaan ini bukan hanya membawa maksud bebas daripada penjajah, namun kelihatan kemerdekaan memperlihatkan tentang penyatuan pelbagai kaum di Malaysia.

Budaya Korea yang sangat menghormati  bendera kebangasaan mereka yang dikibarkan di setiap penjuru telah menjadi pencetus dan inspirasi utama bagi para pelajar Malaysia. Jelaslah bahawa semangat kemerdekaan itu perlu lahir dan dipupuk ketika seseorang itu masih kecil agar semangat tersebut tidak luntur dalam diri mereka.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.