Oleh Orked Una
21 Julai 2021, 18:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kebangkitan penulis wanita dalam memperjuangkan darjat wanita telah bermula dari dahulu lagi. Dalam setiap karya yang dihasilkan, wanita sering digambarkan sebagai seseorang yang beremosi, tidak bercita-cita tinggi, tidak mempunyai wawasan dan tiada jati diri yang kuat. Oleh itu, Bicara Karyawan pada kali ini telah mengadakan program Menyingkap Gejolak Rasa dan Citra Azmah Nordin yang disiarkan melalui Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP pada 17 Julai yang lalu.

Prof. Madya Dr. Asmiaty Amat juga merupakan pengarah dan penerbit UMS.

Pengarang buku kritikan sastera tersebut, Prof. Madya Dr. Asmiaty Amat turut memuji Azmah Nordin dan mengatakan bahawa beliau menonjolkan peranan wanita yang sarat dengan cita-cita, berkeinginan tinggi dan mempunyai semangat yang berkobar-kobar. Secara tidak langsung, perwatakan yang disampaikan melalui karya tersebut telah mengangkat martabat seorang wanita. “Perwatakan sebenar Azmah ialah seorang yang pemalu dan mudah tersenyum, namun tetap tegas dalam menyampaikan gejolak rasa dalam pelbagai aspek,” tambah Dr. Asmiaty yang juga merupakan pengarah dan penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dr. Asmiaty berkata, “Keistimewaan Azmah ialah pada bahasanya dan ketelitian dalam melakukan kajian ketika mencoretkan latar secara tuntas dan mendalam.” Oleh itu, walaupun pengarang menonjolkan perjuangan yang keras, namun masih berada di landasan yang betul iaitu berpaksikan adat dan budaya. Inspirasi penulisan Azmah hadir daripada persekitaran dan pengalaman wanita yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam karya.

Buku Menyingkap Gejolak Rasa Dan Citra Azmah Nordin ini disusun dengan laras bahasa yang mudah difahami supaya dijadikan rujukan bagi membantu pembaca untuk memahami dan menghayati karya Azmah dengan lebih baik. Buku tersebut boleh dibeli melalui portal DBPNiaga.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.