5 Julai 2021, 11:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Episod kedua “Mengopi Puisi” telah diadakan secara dalam talian melalui Twitter Space @katapilarbooks. Topik pada episod kali ini bertajuk, “Puisi Itu Apa?”.

Diskusi ini menampilkan empat orang ahli panel, iaitu Dr. Adibah Abdullah, Aliff Awan, Nana dan Shafiq Said, manakala moderatornya ialah Zaim Yusoff dan Fahd Razy.

Ahli panel yang terlibat merupakan penulis puisi dan penyair tanah air yang mempunyai latar belakang yang pelbagai, sama ada daripada konteks umur, pengalaman dan corak pemikiran.

Tujuan diskusi ini diadakan bagi menyediakan ruang perbincangan yang menampilkan pemikir puisi tanah air agar mereka dapat memperincikan maksud puisi kepada pembaca.

Setiap ahli panel mempunyai pemikiran dan idea yang kontra berkenaan dengan definisi puisi. Nana dan Alif Awan menganggap, puisi sebagai satu ruang peribadi untuk meluahkan perasaan, memberontak dan bermain-main (dengan kata-kata).

Apabila menyentuh tentang definisi puisi pada era mutakhir ini, Shafiq berpendapat bahawa penting untuk diadakan perbincangan kerana trend puisi itu sering berubah-ubah mengikut zaman.

Diskusi ini dikembangkan lagi dengan ajuan persoalan dan perbincangan yang lebih mendalam tentang proses kreatif, nilai-nilai dan makna puisi itu sendiri.

Perbezaan pemahaman dan polemik antara figura puisi tanah air ini memberikan sesuatu yang bermanfaat dan membantu pendengar untuk memahami puisi dengan lebih mendalam.

Program anjuran badan penerbitan buku tanah air ini telah diadakan secara langsung pada 3 Julai 2021, pukul 9.15 malam.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi