4 Julai 2021, 10:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pada 2 Julai 2021, pukul 9.00 malam telah diadakan satu ruang perkongsian dan perbincangan dalam kalangan penulis tanah air yang dianjurkan oleh Awan Wafdan. Program ini diberi tajuk “Jendela Genre Fantasi” yang disiarkan melalui media sosial Reruang Twitter.

Program Reruang Awan episod 5 mengumpulkan empat orang ahli panel penulis karya fantasi, iaitu Sri Rahayu (Puteri Naga Tiberius), Hilal Asyraf (Hikayat Satria-satria Sejati), Hasif Rayyan (Kudeta Puspa), Aliff Mustafa (Puteri Bunian Bulan) serta bukuwan dan penulis, Iman Danial Hakim.

Menurut Kamus Dewan, fantasi ditakrifkan sebagai ciptaan imaginasi yg tidak terbatas. Rata-rata ahli panel menyatakan, menulis dan membaca sebuah cereka fantasi ini disebabkan perasaan ingin keluar daripada dunia yang mempunyai batas dan peraturan realiti.

Program ini membincangkan pelbagai topik yang berkaitan dengan penciptaan dan penulisan karya fantasi. Topik pengembangan dunia cereka, penciptaan watak yang pelbagai dan sistem magis serta tahyul yang dianggap satu keperluan dalam tema fantasi.

“Membaca karya fantasi memberikan peluang kepada saya menjelajah dunia yang tiada batas,” ujar Iman Danial.

Program ini dianjurkan dengan objektif dan sasaran untuk memberikan peluang kepada komuniti pembaca memperoleh ilmu dan pengetahuan berkenaan karya fantasi, terutama berkaitan dengan proses kreatif penciptaan idea cereka fantasi sebagai sebuah genre yang sentiasa berkembang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.