4 Julai 2021, 14:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Dalam laman sosial Facebook AD Penyair, telah diumumkan puisi berjudul “Sepohon Puisi yang Tumbuh Ketika Pagi”, nukilan Mohilis memenangi SAHARA edisi Jun 2021, kategori “Penyair Sedang Mengembang”.

Mohilis, penulis muda yang semakin menyerlah.

Penyertaan SAHARA (Satu Sajak Satu Hari Satu Ratus) terbuka kepada ahli berdaftar dengan Persatuan Penyair Malaysia untuk menghantar sebuah sajak asli yang bertemakan “bebas” untuk dinilai oleh ahli panel pemilih.

Mohilis atau nama sebenarnya Mohammad Hilmi Ismail berasal dari Kota Belud, Sabah. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Melayu) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Pendidikan daripada Iniversiti Malaysia Sabah. Kini, beliau bertugas sebagai seorang guru.

Dalam bidang penulisan, beliau telah banyak menghasilkan karya. Antaranya Antologi Puisi: Petaka Virus, Antologi Puisi: Suara dari Suatu Musim dan Antologi Puisi: Hari Guru 2020. Selain itu, beliau juga telah menerbitkan buku pertamanya, Purnama di Pundak Lara.

Karya penulis muda ini bukan sahaja diiktiraf di Malaysia, malah puisinya yang berjudul “Kekasih Mimpi” tersenarai sebagai 100 karya terbaik Lomba Cipta Puisi ASEAN (3 (LCPA3) yang diadakan di Jawa Tengah, Indonesia pada tahun 2020. Puisi tersebut telah diterbitkan dalam Antologi Puisi: Perempuan Ghirsereng.

Bagi bulan Jun 2021, SAHARA menerima penyertaan sebanyak 14 buah sajak daripada ahlinya.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.