1 Julai 2021, 13:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

RIG Suara Kreatif Madani (SUKMA) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Unit Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (ICAN) serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Webinar bertajuk “Teknikal Penulisan Kreatif”. Program ini menampilkan Dr. Husairi Hussin, penulis prolifik yang bertindak sebagai penceramah.

Dr. Husairi Hussin.

Menurut Dr. Husairi, selalunya pengarang menghasilkan penulisan kreatif bagi semua kategori seperti cerpen, drama dan novel berdasarkan empat perkara.

  1. Penelitian
  2. Pengalaman
  3. Imaginasi atau rekaan
  4. Gabungan ketiga-tiga perkara di atas

Kaedah untuk menghasilkan puisi yang baik adalah dengan menentukan tema, memikirkan bentuk puisi terlebih dahulu dan penggunaan bahasa.

“Pengarang perlu memikirkan tujuan atau perkara yang hendak disampaikan terlebih dahulu sebelum menentukan tema sesebuah cerita. Masukkan perkara yang penting, bermanfaat dan yang boleh merangsang pemikiran serta perasaan pembaca sahaja. Hal itu disebabkan oleh, sajak berbentuk ekonomik yang bermaksud menjimatkan perkataan,” kata Dr. Husairi.

Selain itu, pengarang perlu memikirkan bentuk puisi yang hendak dihasilkan oleh mereka, sama ada tradisional atau moden. Tambahnya lagi, “Sekiranya hari ini, seseorang pengarang rasa nak hasilkan menulis sesuatu yang berbentuk mendayu, maka hasilkan syair. Namun, pastikan penggunaan bahasa yang digunakan indah, seimbang, sedap, sesuai dan istimewa.”

Jelas beliau lagi, karya yang baik mestilah dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Untuk menghasilkan karya yang baik dan bermanfaat petuanya, perlu banyak membaca dan sentiasa menulis. Karya yang buruk di mata sesetengah orang belum tentu tidak elok atau indah pada mata orang lain. Jadi jangan putus asa untuk menulis atau berkarya. Tanamkan niat menulis untuk menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.