Oleh Syafiq Zulakifli
3 Jun 2021, 16:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tangisan bukan lagi mengalir

seperti hari pertama

kita menjadi sepasang burung

bebas menuju destinasi

teduh dan hinggap

pada malam hari.

 

Aku sesali

antara hidup dengan kematian

antara rimba dengan kebiasaan

akulah di antara

malam-malam di belantara.

 

Petak ladang ini

adalah kejahilan pengalaman

adalah kemusnahan batiniah

dirosak keangkuhan harimau jadian.

 

Aku adalah sepinggan kemanusiaan

dalam keresahan

dan engkau pecahkan

tanpa perasaan bersalah.

 

Lalu, hari esok siapakah aku di dalam

gelasmu?

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.