Oleh BUCK LEE
24 Mei 2021, 16:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Lahirnya kalian, bukan bersifat semberono

dari kekosongan, diasuh penuh ilmiah

dari kecetekan pengetahuan, bercambah ilmu duniawi

dari polos didikan, diisi penuh santun akhlak

dari kurang cerdik, diangkat sebagai cendekia

begitulah sebenarnya, modal insan diasuh

mengemudi pelayaran gelora samudera persekolahan.

 

Gelarmu sebagai pendidik kerana aklimasi

sifatmu sebagai pendidik

getusan buah fikirmu, tidak didorong

akliah negatif dalam kepekatan tindak

kesabaran kalian, sering tercabar

namun jauh ke dasar hati, memperakui

ada matlamat perlu dilunaskan, berserta

tanggungjawab yang harus digalas dengan amanah.

 

Walaupun bukan alamar di medan pendidikan

kalian tetap berdiri teguh

di belakang pemimpin tertinggi

alamiah sebagai pendidik

telah terpahat lama dan algoritma dalam

diri sentiasa merencana yang terbaik

demi modal insan persekolahan.

 

Adakala, altruistik kalian tersemat

cerita dalam cerita

adakala, perasaan tidak terkawal

dari ambien kehidupan

sebagai pendidik, kalian tetap bulatkan

tekad dalam memastikan kecemerlangan

anak didik masa hadapan.

 

Sinar yang dicurah, bukan bersifat amilitis

bukan juga bersifat anani, usaha kalian

punyai tujuan ampuh, dalam melahirkan warga

berilmu dan disegani, bekerjaya serta disayangi

masyarakat sekeliling.

 

Untaian tahniah, mengiringi sebuah kejayaan

demikian kerdip sinar warga pendidik

yang harus diingati para marhaen

buat warga pendidik “Selamat Hari Guru”.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.