23 Mei 2021, 05:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Rumah terbuka Aidilfitri diraikan secara dalam talian.

Riau – Siak Heritage, Dewan Kesenian Riau dengan kerjasama Persatuan  Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) mengadakan rumah terbuka sempena meraikan Aidilfitri secara dalam talian pada 23 Mei 2021. Program tersebut telah berjaya menyatukan lima buah negara serumpun seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand yang dikendalikan oleh Devi Yenti dan Azree Ariffin.

Sebagai persembahan pembukaan, Tzi dari Singapura mendendangkan lagu Nusantara Raya sebagai tanda silaturahim antara negara serumpun. Lagu tersebut dicipta dengan gandingan penulis lirik dari Malaysia dan Indonesia yang mempamerkan keunikan penyatuan dalam kalangan seniman dan budayawan negara serumpun. Selain daripada persembahan nyanyian, rumah terbuka tersebut turut diraikan dengan persembahan pantun oleh Haidzir Sham serta syair oleh penyair dari Malaysia, iaitu Dr. Shafa’atussara selain penglibatan dari negara serumpun yang lain.

Selain mengadakan rumah terbuka secara dalam talian, program tersebut turut diraikan melalui liputan langsung dari Brunei yang dikendalikan oleh Firdaus Ibrahim yang memperkenalkan pelbagai juadah tradisi negara tersebut. Sebagai penutup acara rumah terbuka tersebut, kesemua tetamu berpeluang untuk menyanyikan lagu Nusantara Raya secara beramai-ramai.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.