15 April 2021, 12:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUANTAN – Bersempena Hari Radio Sedunia 2021 yang disambut pada 13 Februari setiap tahun, RTM Pahang melalui radio Pahang.fm telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Pantun Hari Radio Sedunia secara dalam talian. Pertandingan tersebut telah berlangsung selama sebulan, iaitu bermula dari 1 Februari hingga 28 Februari 2021. Setiap peserta dikehendaki memuat naik video pendek pantun masing-masing dengan menggunakan tanda pagar #pantunpahangfm secara kreatif dan menarik.

Pemenang Pertandingan Mencipta Pantun Hari Radio Sedunia 2021.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 1 April 2021 yang lalu bertempat di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan sempena Sambutan Ulang Tahun RTM ke-75 yang diadakan secara serentak di seluruh negara.

Johan telah dimenangi oleh Wan Muhammad Hanif Wan Abd Hamid yang berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, manakala tempat kedua pula disandang oleh Nurrulhuda Zulkunaini yang memenangi wang tunai RM200 dan tempat ketiga dimenangi oleh Azizah Mohd Hussin dengan hadiah wang tunai sebanyak RM100. Pemenang turut menerima sijil penyertaan dan hadiah iringan. Hadiah telah disampaikan oleh Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.